Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM rampas 10 bubu naga ditinggalkan nelayan di perairan Perlis


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





KANGAR, 8 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 10 Bubu Naga (Bubu Kambang), yang dilarang penggunaannya, di Kuala Perlis semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Nurulazme Zakariah dalam satu kenyataan berkata bubu tersebut, yang penggunaannya menyalahi peraturan Jabatan Perikanan kerana saiz jaringnya sangat kecil boleh merosakkan ekosistem hidupan laut, ditinggalkan nelayan kira-kira 0.4 batu nautika dari barat pantai Kurong Tengar.

“APMM akan mengambil tindakan tegas terhadap nelayan menggunakan bubu jenis itu untuk mendakwa mereka di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985, kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah tidak dibenarkan”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nurulazme, semua bubu tersebut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Katanya APMM turut memberi perhatian serius terhadap aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat rawa sorong, penangkapan ikan di luar kawasan yang dibenarkan dan pencerobohan bot siput dalam kawasan nelayan pantai.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan boleh menghubungi talian APMM yang beroperasi 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” kata Nurulazme.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel