Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PM hadir di Parlimen setiap Rabu untuk PMQT


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau akan hadir di Parlimen setiap Rabu untuk menjawab soalan.  

Ini, katanya, kerana tedapat banyak permintaan untuk Waktu Soalan Perdana Menteri (PMQT).

"Setiap Rabu saya akan ke Parlimen untuk menjawab soalan. Bukan salah saya bila tidak berada di Parlimen, ini kerana tiada soalan untuk saya.  

"Sekarang ini kalau tidak ada question pun kena ada juga, saya kena pergi juga," katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming dilaporkan berkata bahawa PMQT akan bermula seawal  Oktober.

Bulan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata tidak perlu diadakan PMQT di Parlimen oleh kerana Waktu Soalan Menteri (MQT), yang dijadualkan pada Selasa dan Khamis sudah memadai. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel