Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkataan mandatori digugur dalam hukuman kes dadah - Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Perkataan mandatori dalam kes dadah akan dihapuskan bagi membolehkan hakim membuat pilihan sama ada menjatuhkan mati atau penjara tidak kurang daripada 10 tahun, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau berkata selama ini apabila seseorang itu didapati membawa dadah dalam jumlah tertentu, mereka akan dikenakan “mandatory death sentence”. 

“Hukuman mati mandatori iaitu kuasa hakim kita ketepikan, bahkan undang-undang menidakkan hak hakim untuk menyatakan hukuman.

“Kita (kerajaan) hapuskan perkataan mandatori. Hakim boleh membuat pilihan sama ada hendak kenakan hukuman mati atau penjara tapi tidak boleh kurang daripada 10 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata kerajaan mendapati bahawa masalah jenayah di Malaysia merungsingkan dan antara jenayah itu ialah penyalahgunaan dadah.

“Untuk ini kita ambil satu pendirian yang  tegas (kenakan hukuman berat), walaupun kita didesak supaya menggugurkan perkataan mati mandatori,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata kerajaan berpendapat bahawa kebajikan anggota polis tidak mencapai tahap yang baik pada masa ini. 

“Oleh itu Kementerian Kewangan akan membekalkan wang yang cukup untuk memperbaiki rumah-rumah dan berek yang diduduki pegawai dan anggota polis,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel