Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aaliyah sasar juara dunia 2023


Tarikh kemaskini: 08/07/2019




PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah meletakkan sasaran untuk muncul juara dunia pada 2023, menurut ayahnya yang juga ketua jurulatih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia  (MWWF), Hanifah Yoong.

Beliau berkata Kejohanan Dunia 2019 anjuran Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Antarabangsa (IWWF) di sini, Ogos ini, akan menjadi pengalaman berguna untuk  Aaliyah mencapai sasarannya pada masa depan.

“Beliau baru berusia 15 tahun. Sasaran untuk mencapai kejayaan bukan pada kejohanan dunia ini tetapi beliau mempunyai peluang untuk naik podium pada edisi 2023 apabila berusia 20 tahun.

“Tahun 2023 adalah sasaran untuk jadi juara dunia kategori terbuka wanita dan tahun depan menjadi juara dunia bawah 17 tahun,” katnya kepada Bernama pada majlis prapelancaran Kejohanan Dunia IWWF 2019 di sini, hari ini.

Aaliyah merupakan pemenang tiga pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan tahun lalu meraih tempat keempat dalam acara tricks pada Kejohanan Remaja Dunia di Sepanyol.

Kini,  Aliyah menghuni ranking kedua dunia dalam kategori bawah 17 tahun.

Kejohanan Dunia IWWF di sini dari 13 hingga 19 Ogos ini akan disertai oleh peserta dari 33 negara.

Putrajaya menjadi tuan rumah kali ketiga selepas 2008 dan 2009.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel