Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyelidikan perubatan tradisional, komplementari masih minimum - Dr Lee


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Universit dan institusi tempatan perlu meningkatkan usaha untuk menjalankan penyelidikan mengenai Perubatan Tradisional dan Komplementari (T & CM) di Malaysia yang menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye masih berada di peringkat minimum.

Beliau berkata penyelidikan saintifik mengenai perubatan tradisional tempatan adalah penting untuk pangkalan data domestik kerana ia mempunyai akar umbi sejarah dan budaya yang kukuh serta sesuai dengan suasana setempat.

"Kita perlu mengumpul data tersebut dari penyelidikan menggunakan sampel kita sendiri kerana Malaysia adalah negara tropika dengan latar belakang berbilang etnik dan berbilang budaya," katanya dalam ucapannya pada majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA), di sini. hari ini.

Memorandum itu ditandatangani oleh Presiden Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Prof Datuk Dr Chuah Hean Teik, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-O Enterprise Berhad Tan Kai Hee dan presiden Hospital Tung Shin, Tan Sri Khoo Chai Kaa.

Melalui perjanjian itu, ketiga-tiga pihak bakal bekerjasama dalam projek penyelidikan bersama untuk menentukan pembedaan sindrom pesakit kanser payudara yang dirawat melalui bahan ubatan-ubatan tradisional Cina.

Dr Lee berkata, walaupun sistem penjagaan kesihatan kita banyak berasaskan perubatan barat konvensional, T & CM digunakan dengan luas sekali dan dimanfaatkan secara meluas.

"Dalam laporan NHMS (Tinjauan Kesihatan Kesihatan dan Morbiditi) 2015, 29 peratus daripada Malaysia dilaporkan pernah menggunakan T & CM," katanya.

Sehingga kini, Malaysia mempunyai 15 hospital awam yang menyediakan amalan T & CM yang meliputi akupunktur, ubat herba sebagai terapi adjunktif untuk kanser dan terapi tradisional selepas bersalin.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel