Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

CSO diminta beri cadangan menambah baik bantuan ke Gaza


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





SEPANG, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan menjemput semua pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan dalam penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza untuk mengemukakan cadangan mengenai bagaimana untuk mengoptimumkan penggunaan sumber apabila menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata CSO boleh memberikan input kepada kerajaan mengenai cara terbaik untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka di lapangan yang membantu rakyat Palestin.

"Wisma Putra sedang mengkaji penyaluran wang kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Contohnya jika kerajaan membelanjakan USD100,000 untuk membantu rakyat Palestin, kita mengkaji kemungkinan bagaimana sebahagian daripada wang itu dapat disalurkan kepada CSO utama di lapangan (yang melakukan penyaluran bantuan kemanusiaan)," katanya kepada media selepas mengucapkan selamat jalan kepada delegasi ke Gaza, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini.

Delegasi untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, terdiri daripada lapan orang sukarelawan diketuai oleh ketua pegawai eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, akan kembali ke Malaysia pada 19 Julai.

Sementara itu, Dr Ahmad Sani berkata delegasinya bersyukur kerana dapat memasuki Gaza kali ini selepas 40 percubaan gagal untuk memasuki zon konflik itu dalam tempoh enam tahun.

Semasa berada di Gaza, beliau berkata MAPIM akan merasmikan pusat kebudayaan Malaysia dan pusat kajian pendidikan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel