Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ayahanda saudara Sultan Selangor mangkat


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) -- Kerabat Diraja Bergelar, Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah Sultan Hisamuddin Alam Shah telah mangkat pada kira-kira pukul 8.00 malam tadi.

Laman Facebook Selangor Royal Office dalam kenyataannya hari ini berkata Tengku Ismail Shah yang juga merupakan ayahanda saudara kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua.

"Dukacita dimaklumkan Kerabat Diraja Bergelar, Yang Amat Mulia Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj telah mangkat kembali ke rahmatullah pada pukul 8.00 malam 8 Julai bersamaan hari Isnin di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua.

"Jenazah almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Klang pada Selasa, esok sebelum solat Zohor.

"Almarhum yang diputerakan pada 26 Jun 1935 berusia 84 tahun, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhum," kata kenyataan berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel