Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis serbu pusat panggilan judi dalam talian, sembilan ditahan


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Sembilan lelaki warga tempatan ?ditahan selepas polis menyerbu sebuah banglo mewah empat tingkat yang dijadikan pusat panggilan judi dalam talian di Kuchai Lama, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun yang dipercayai bekerja di premis itu ditahan oleh sepasukan polis dalam serbuan pada kira-kira pukul 3.55 petang.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati premis itu disewa dalam kawasan perumahan mewah bagi mengelak aktiviti mereka dikesan polis.

“Premis itu didapati menjalankan perjudian dalam talian khas untuk pasaran rakyat China dan tempatan. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan (d) Akta Pertaruhan 1953,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel