Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan pengganggur disyaki cabul kanak-kanak


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang penganggur kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di rumahnya di Gombak dekat sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata suspek berusia 38 tahun itu disyaki melakukan perbuatan tersebut terhadap kanak-kanak yang diasuh isterinya.

“Polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada Sabtu selepas perbuatan suspek diceritakan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Samsor berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 13 Julai bagi membantu siasatan dan mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan Indonesia hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel