Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

297 pusat judi diserbu di Sibu


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Sebanyak 297 serbuan ke atas pusat perjudian tidak berlesen telah dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di daerah Sibu, Sarawak sejak 2018 hingga 31 Mei lepas.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan statistik PDRM, ia menyaksikan  439 orang telah ditangkap manakala 72 unit mesin perjudian dan wang tunai RM95,024 turut dirampas.

“PDRM akan terus melakukan tindakan penguatkuasaan untuk membanteras sindiket perjudian tidak berlesen sehingga membawa penutupan kepada premis perjudian itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang) yang ingin tahu tindakan diambil kementerian untuk membanteras aktiviti perjudian mesin kuda, judi dalam talian dan 4D haram di Sibu.

Kepada soalan tambahan Lau mengenai dakwaan polis berpakat dengan sindiket perjudian di Sibu, Muhyiddin berkata jika dakwaan itu benar, ia adalah sesuatu yang serius.

“Saya sendiri tidak akan mengizinkan hal itu berlaku. Kita tidak akan melindungi mereka dan tindakan tegas bakal diambil kepada sesiapa terbabit sekiranya ada bukti yang benar,” katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel