Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelabuhan Utara berpotensi jadi hab persinggahan kenderaan


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





PELABUHAN KLANG, 9 Julai (Bernama) -- Pelabuhan Utara berpotensi menjadi hab persinggahan kenderaan terkemuka di rantau ini, kata Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Ean Yong Hian Wah.

Beliau berkata ia disokong dengan langkah kerajaan yang mengecualikan syarat permit import (AP) ke atas kenderaan secara pemindahan kapal dari pelabuhan tempatan mulai 1 April lepas.

“Kerajaan sebelum ini telah mensyaratkan setiap kenderaan memasuki negara kita, perlu ada AP walaupun bukan untuk pasaran tempatan.

“Atas sebab itu, tidak ada mana-mana pelabuhan termasuk Pelabuhan Utara mahupun Pelabuhan Barat di sini yang menjadikan kawasan mereka sebagai tapak persinggahan bagi kenderaan sebelum dihantar ke negara lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Northport Bhd, Datuk Azman Shah Mohd Yusof.

Yong berkata susulan pengecualian syarat AP tersebut, pihak Pelabuhan Utara bercadang mahu menjadikan pelabuhan berkenaan sebagai hab persinggahan kenderaan yang mana pada ketika ini  sebahagian besar aktiviti tersebut didominasi oleh Singapura.

“Bagi Pelabuhan Utara, buat masa ini kawasan meletakkan kenderaan hanya boleh memuatkan maksimum 200,000 unit kenderaan untuk setahun.

“Bagaimanapun mereka mempunyai perancangan untuk tahun seterusnya bagi menambah kawasan untuk menempatkan kenderaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Azman Shah berkata pihaknya bercadang untuk membina tempat letak kenderaan bertingkat seperti yang dilaksanakan di Singapura bagi menampung kuantiti kenderaan dengan lebih banyak.

“Ini antara cadangan utama yang kita akan ketengahkan, dengan membuat kawasan bertingkat kita dapat memuatkan lebih banyak kenderaan. Selain itu, mungkin kita akan cari tanah di kawasan sekitar pelabuhan ini untuk tujuan tersebut,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel