Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SWM Environment alu-alukan penglibatan semua dalam program KITAR3CYCLE


Tarikh kemaskini: 10/07/2019




PORT DICKSON, 10 Julai (Bernama) -- Syarikat konsesi yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di wilayah selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) mengalu-alukan penglibatan taman perumahan, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama terlibat dalam program KITAR3CYCLE yang bermanfaat kepada semua.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata menerusi program KITAR3CYCLE ini setiap individu yang berjaya mendaftarkan diri sebagai anggota akan dibekalkan pelekat kod bar yang bertujuan untuk mengenal pasti data individu yang menjalankan aktiviti kitar semula dan juga merekodkan nilai mata yang diperolehi.

Beliau berkata individu yang berdaftar disarankan memuat turun aplikasi KITAR3CYCLE melalui sistem operasi Android juga iOS untuk menyemak mata ganjaran selain juga dapat mengetahui nilai mata yang diperoleh setiap kali barangan kitar semula dikutip di premis perumahan mereka,

“Ini juga memberi pendedahan kepada isi rumah terbabit tentang jumlah janaan sampah yang dihasilkan oleh mereka hanya di hujung jari," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis pelancaran KITAR3CYCLE di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), di sini.

Turut hadir di majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan MPPD Mohd Zamri Mohe Esa ialah Pengurus SWM Environment Wilayah Melaka & Negeri Sembilan Dr Al’Ashari Othman dan Pengurus Cawangan SWCorp Port Dickson Mohd Irwan Mohd Kasim.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel