Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

80 Kelab Malaysiaku jalani simulasi pilihan raya di Kelantan


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





BACHOK, 10 Julai (Bernama) -- Jabatan Penerangan Kelantan, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri (SPR) Kelantan, akan mengadakan program simulasi pilihan raya untuk para pelajar dari 80 Kelab Malaysiaku sekolah-sekolah menengah di Kelantan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck berkata, program simulasi itu bertujuan mendedahkan pelajar berumur 16, 17 dan 18 tahun kepada kaedah pengundian yang betul di Malaysia.

“Simulasi itu juga sebagai persediaan dengan cadangan kerajaan untuk menurunkan taraf kelayakan umur  mengundi rakyat Malaysia dari umur 21 kepada 18 tahun yang  kini dalam proses perbincangan di Parlimen,“ katanya kepada pemberita pada program Amalan Demokrasi Berparlimen di Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol di sini, hari ini.

Katanya, sehingga ini beberapa buah sekolah telah mengadakan simulasi itu termasuk di Machang,  Kota Bharu, Gua Musang, Bachok dan akan disusuli di Tanah Merah dalam tempoh terdekat sebelum membabitkan seluruh jajahan.

Menurut Lim, pihaknya juga sedang berusaha untuk mendaftarkan 167,000 rakyat Kelantan berumur 21 tahun dan layak mengundi untuk menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi baru selain mengambil langkah menjadikan pelajar sebagai anak angkat kepada penduduk kampung agar mereka mendapat  pendedahan bagaimana orang kampung yang lahir sebelum merdeka berkorban untuk menuntut kemerdekaan negara.

Lim berkata  pelajar  juga akan didedahkan dengan nilai  murni dan adat sopan orang kampung  yang masih kekal diamalkan oleh penduduk di sesebuah kampung  termasuk di kawasan pedalaman.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel