EFWlTigl8KU JKDM Kelantan rampas rokok bernilai RM1.1 juta
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKDM Kelantan rampas rokok bernilai RM1.1 juta


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





TUMPAT, 10 Julai (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM1.1 juta di sebuah gudang di Pengkalan Chepa pada Ahad lepas.

Pengarah Kastam negeri Mohd Rakbi Mat Saud berkata rampasan itu dilakukan oleh satu pasukan operasi JKDM daripada cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor pada 7.30 malam selepas mendapat maklumat awam berkaitan barangan larangan itu. 

"Hasil serbuan dan pemeriksaan ke atas gudang itu pihak kami mendapati beratus-ratus kotak berisi rokok putih pelbagai jenama di dalam gudang terbabit. 

"Rokok-rokok tersebut dipercayai dibawa masuk dari luar negara ke negeri ini melalui jalan laut untuk pasaran tempatan," katanya pada sidang media di Pejabat Penguatkuasa JKDM Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Mohd Rakbi berkata dalam serbuan tersebut pemilik gudang berumur 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. 

 "JKDM merampas 1,890,000 batang rokok dari 9,450 karton bernilai RM151,200 dan jumlah cukai kira-kira RM1.005 juta. 

"Rampasan kali ini adalah kedua terbesar oleh Pasukan Operasi JKDM Kelantan tahun ini selepas kejayaan pada 21 Jun lepas," katanya. 

Mohd Rakbi berkata pihaknya mendapati modus operandi sindiket penyeludupan itu ialah menyimpan rokok-rokok di dalam gudang dengan keadaan tertutup dan berkunci.

"Rokok-rokok itu akan dikeluarkan dari kotak asal dan dimasukkan ke dalam kotak kosong lain yang tidak mempunyai sebarang tanda bagi mengaburi pihak penguat kuasa. 

"Pihak kami masih mengesan penyewa gudang terbabit, oleh itu maklumat awam diperlukan bagi menjejakinya," katanya. 

Mohd Rakbi berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai atau RM100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak melebihi daripada 20 kali ganda nilai atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. 

"Pihak kami sentiasa mengharapkan kerjasama dan maklumat daripada orang awam berkaitan penyeludupan yang berlaku di negeri ini. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan dimohon untuk melaporkan kepada JKDM melalui talian aduan penyeludupan 1-800-88-8855 atau 09- 7411100," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel