Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak mati lemas jatuh parit


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun?????? mati lemas, selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran sebuah apartmen di Rawang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, Muhammad Amin Shah Safaruddin dikatakan bermain bersama rakannya di kawasan berhampiran Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya, sebelum terjatuh ketika cuba mengambil kasutnya yang hanyut.  

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata mayat Muhammad Amin Shah ditemui anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada kira-kira 3.45 petang. 

 "Mangsa ditemui tidak jauh daripada dia dilaporkan terjatuh," katanya ketika dihubungi dan menambah mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel