Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas terkena serangan jantung semasa memandu


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUANTAN, 10 Julai (Bernama) -- Seorang warga emas yang dipercayai mengalami serangan jantung semasa memandu menyebabkan kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 30, Jalan Temerloh-Bahau di Bera, dekat sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata pada kejadian 11.45 pagi itu, mangsa Lui Siong Kuan, 69, dari Triang, Bera ditemui mati di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda miliknya.

Dua lagi kenderaan yang terlibat ialah Perodua Kancil yang dipandu pegawai polis berpangkat Sub Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, dan Toyota Avanza milik Pejabat Kesihatan Daerah Bera yang dinaiki pasangan suami isteri.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu yang dalam perjalanan dari Kerayong menuju ke Triang terbabas dan merempuh sisi kanan kereta Kancil yang berada di laluan bertentangan.

"Kereta mangsa kemudiannya melanggar pula kereta pejabat kesihatan itu yang juga berada di laluan bertentangan, sebelum berhenti selepas melanggar tiang elektrik di tepi jalan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Katanya, semua tiga mangsa daripada dua lagi kenderaan yang terlibat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bahu kanan. 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel