Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Faktor keselamatan: Seminar 'The Amman Message' dibatalkan - Polis


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Seminar 'The Amman Message' anjuran Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) yang dijadual berlangsung Sabtu ini, dibatalkan berikutan ugutan bom yang diterima daripada seorang pengguna Facebook.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata keputusan membatalkan seminar berkenaan dibuat sendiri oleh penganjur, dan bukan atas nasihat atau bantahan polis.

Beliau berkata pembatalan seminar itu dibuat berikutan komen yang diterima oleh penganjur seminar itu, di laman Facebook Gerakan Banteras Syiah bertarikh 6 Julai lepas daripada pemilik akaun Facebook, Amirol Md Zain, iaitu “kita bomb tempat nie”.

"Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IAIS iaitu Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, telah membuat satu laporan polis, semalam berhubung isu ini.

"Oleh yang demikian, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel