Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pakej umrah murah, bekas pengarah YBNT ditahan polis


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





KEMAMAN, 11 Julai (Bernama) -- Polis Terengganu menahan bekas Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) berhubung kes penipuan pakej umrah, membabitkan kerugian lebih RM4 juta sejak Disember 2016.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata individu itu ditahan di sebuah rumah di Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11 pagi tadi oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu, setelah menghilangkan diri hampir dua tahun.

“Suspek akan dibawa balik ke Terengganu dan akan dituduh di mahkamah pada Ahad depan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kemaman hari ini.

Menurut Aidi, kes penipuan umrah YBNT itu membabitkan lebih 300 mangsa dan sebanyak 66 kertas siasatan dibuka sejak 2016.

“Suspek sebelum ini telah menyalahgunakan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan menawarkan pakej umrah secara subsidi kepada guru-guru. Suspek dikatakan telah bertindak berkunjung ke sekolah-sekolah untuk meyakinkan guru-guru berkenaan pakej yang ditawarkan,” katanya.

Aidi berkata selepas mengambil bayaran daripada mangsa suspek dikatakan bertindak menghilangkan diri.   

YBNT sebelum ini dilaporkan menawarkan pakej umrah dengan harga murah sebanyak RM3,000 seorang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel