Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri Terengganu rancang bina trek olahraga baharu


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





KUALA NERUS, 11 Julai (Bernama) -- Kerajaan Terengganu merancang membina trek olahraga baharu bagi menggantikan trek lama yang sudah usang di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sudah tiba masanya trek berusia 12 tahun itu diganti dengan kemudahan lebih baik bagi memastikan atlet dapat menjalani latihan dengan selesa.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat mingguan ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan kelulusan.

"InsyaAllah kita akan pastikan perkara ini (trek olahraga baharu) mendapat keutamaan Kerajaan Negeri dan kita akan berusaha supaya ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Untuk pembinaan trek baharu di tapak sama ini, kita anggarkan kos kira-kira RM3 juta dan sementara menunggu siap, atlet boleh menggunakan padang Universiti Malaysia Terengganu buat sementara,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke trek olahraga dan padang bola sepak Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Sukairi berkata, kerja-kerja membaik pulih padang bola sepak Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri, telah pun siap 80 peratus dan dijangka dapat digunakan pada September ini.

Beliau, bagaimanapun, berkata pihaknya memutuskan untuk menangguhkan penggunaan padang sehingga awal tahun hadapan, bagi memastikan akar rumput benar-benar kuat.

"Kontraktor yang dilantik Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedang menyelesaikan kerja-kerja menanam rumput yang dijangka siap bulan ini, dan dalam tempoh dua bulan lagi, padang dijangka sudah boleh digunakan.

"Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada MFL kerana memberi tajaan berjumlah RM1 juta bagi membiayai projek ini sekali gus dapat menaikkan mutu bola sepak negeri," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel