Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persiapan Tahun Melawat Malaysia 2020 kini pada peringkat akhir


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Persiapan bagi pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2020 kini pada peringkat akhir, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Haslina Abdul Hamid. 

Beliau berkata logo baharu dan lagu tema bagi Tahun Melawat Malaysia 2020 juga akan dilancarkan tidak lama lagi. 

“Semua pengusaha produk pelancongan dan sistem sokongan kini perlu berada pada tahap siap sedia untuk menawarkan  perkhidmatan yang lancar dan cepat. 

“Apa yang penting ialah produk pelancongan yang ditawarkan kepada pengunjung mampu memberikan pengalaman yang unik,” katanya ketika menutup ‘Inbound Tourism Bootcamp’ bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini. 

Haslina turut menasihati pengusaha pakej pelancongan supaya menawarkan produk yang berkualiti dan menepati cita rasa pelancong yang mana menurutnya terdapat pelancong yang datang ke Malaysia lebih daripada sekali mendakwa persembahan dan pakej yang ditawarkan tidak pernah berubah.

Lebih 40 pengusaha pakej percutian dan produk pelancongan terlibat dalam latihan intensif (boot camp)  tiga hari yang berakhir hari ini.

Ia antara lain memberi fokus menggalakkan ejen pelancongan mempromosi destinasi tempatan, mempromosi keindahan lanskap dan bangunan selain memberi bimbingan kepada mereka menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel