Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkeso Terengganu bayar RM4 juta hingga Jun tahun ini


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KUALA BERANG, 12 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial  (Perkeso) Terengganu membayar lebih RM4 juta kepada 800 penerima bermula Januari hingga Jun tahun ini

Pegarahnya, Farihah Che Husin berkata bayaran itu merangkumi lapan kategori termasuk hilang upaya sementara, hilang upaya kekal,  faedah orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat.

"Empat kategori lain ialah bayaran pencen ilat, pencen penakat, ganti belanja dan pemulihan serta elaun jemaah doktor dan pembantu.

"Bayaran paling besar dibuat ialah bagi kategori hilang upaya kekal iaitu sebanyak RM2.1 juta diikuti hilang upaya sementara (RM989,000) dan pencen penakat (RM619,000)," katanya pada majlis penyerahan faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 di Kampung Kuala Tok Bat, di sini, hari ini.

Sementara itu, penerima terbabit, Mohd Roestam Ngah, 49 berkata wang pencen penakat diterimanya akan digunakan untuk bersedekah dan kebajikan Allahyarham isterinya. 

Isterinya, Rohana Mohd Nor, 47, pernah berkhidmat selama 18 tahun sebagai pembantu am di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang di sini, meninggal dunia Selasa lalu akibat kanser payudara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel