Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga lelaki ditahan dipercayai terbabit sindiket edar dadah RM10 juta


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Tiga lelaki tempatan ditahan di lima lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Rabu lepas kerana disyaki terbabit dengan sindiket mengedar dadah yang dianggarkan bernilai hampir RM10 juta.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berumur antara l30-59 tahun.

Beliau berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira 2.25 petang hingga 7.15 malam itu, polis merampas pelbagai jenis dadah antaranya syabu seberat 59.25 kilogram (kg), pil dipercayai ekstasi sebanyak 197,580 biji, ketamin seberat 18.7 kg dan candu seberat 365 gram selain wang tunai RM37,000.

Polis turut menyita empat kenderaan mewah jenis Mercedes, Toyota Harrier, Toyota Alphard dan Volvo bernilai RM220,000 sebagai bahan bukti siasatan.

“Kami tahan seorang lelaki di sebuah kediaman mewah sekitar Bukit Tunku di sini dan membongkar aktiviti memproses dadah di sebuah makmal.

“Empat lagi serbuan dilakukan di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya dan hasilnya tangkapan dua lagi suspek serta penemuan sebuah lagi makmal proses dadah,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, kesemua suspek aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak dua bulan lepas dan dadah yang dirampas dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan dan luar negara.

Kesemua tahanan berkenaan direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 17 Julai ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel