Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Pendidikan umum 29 Julai cuti berganti bagi sekolah di Pahang


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KUANTAN, 12 Julai (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Pahang hari ini, mengumumkan 29 Julai ini sebagai cuti berganti bagi semua sekolah di negeri ini. 

Pengarahnya Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata gantian bagi hari persekolahan itu ialah pada 27 Julai (Sabtu). 

"Ini berikutan cuti umum sempena Hari Keputeraan dan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini. 

Kerajaan negeri Pahang sebelum ini mengumumkan 30 dan 31 Julai sebagai hari kelepasan am di seluruh negeri, berdasarkan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 12 Jun lalu. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ketetapan itu diambil memandangkan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Abdullah pada 30 Julai juga merupakan hari pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara. 

Sehubungan itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri berpandangan pemberian kelepasan dua hari itu sebagai menandakan mustahaknya dua peristiwa berbeza yang jatuh pada hari yang sama. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel