Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelancong Jerman hilang selepas banjir kilat di Taman Negara Mulu


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





MIRI, 12 Julai (Bernama) -- Dua hilang termasuk seorang pelancong Jerman ketika banjir kilat berlaku di Gua Rusa di Taman Negara Mulu pada pukul 5.50 petang ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima dari polis, selain seorang pelancong Jerman turut gagal dikesan ialah seorang pemandu pelancong rakyat tempatan, manakala lapan pelancong yang turut berada di lokasi sama terselamat.

"Polis Marudi masih menunggu laporan terkini dari polis Mulu mengenai status dua mangsa yang dilaporkan hilang," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini malam ini.  

Beliau berkata Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak serta Bomba Marudi telah menerima maklumat mengenai kejadian itu dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi pada pukul 6.00 petang ini.

Katanya Bomba Marudi serta Unit Udara Bomba Miri telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kini sedang bersiap sedia ke lokasi kejadian sebaik sahaja mereka mendapat maklumat yang tepat dari pihak berkaitan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel