Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM Lahad Datu rampas telur penyu untuk pasaran tempatan


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





LAHAD DATU, 12 Julai (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 250 biji telur penyu bernilai RM500 di kawasan Pasar Ayam di sini, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata cubaan menjual telur berkenaan di Pasar Rakyat di sini dipatahkan selepas Unit Risikan Marin (URM) PPM Lahad Datu menerima maklumat awam berhubung penjualan telur penyu terbabit pada 10 pagi.

Bagaimanapun, katanya tiada tangkapan dilakukan berkaitan perkata itu.

"Pegawai URM menjumpai satu baldi cat berwarna putih dan satu bakul berwarna kuning di tempat penyembelihan ayam. 

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua bekas tersebut berisi 250 biji telur penyu dianggarkan bernilai RM500," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata, kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan lanjut. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel