Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perdana Menteri ucap selamat hari lahir buat isteri


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93, hari ini.

Dr Mahathir pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Dr Siti Hasmah kerana sentiasa menemaninya dan atas sikap sabar wanita itu.

“Happy Birthday to my wife Hasmah. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menemani saya," kata Perdana Menteri menerusi satatan di akaun Twitter dan Facebook beliau.

"Saya sedar masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja lebih-lebih lagi sekarang, kerana itu saya menghargai kesabaran isteri saya. Semoga diberkati Allah sentiasa,” katanya.

Dr Mahathir sendiri menyambut harijadi ke-94 pada Rabu lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel