Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Piala Datuk Mokhtar Dahari: SMK Tinggi Kajang rangkul gelaran ketiga


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





PETALING JAYA, 12 Julai (Bernama) -- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari (PDMD) 2019 buat kali ketiga selepas menumpaskan SMK Seksyen 7 Shah Alam 3-0 pada aksi final di Stadium Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya, di sini, malam ini.

Tiga gol SMK Tinggi Kajang masing-masing dijaringkan Muhammad Lukman Hakim Mohd Azli pada minit ke-49 sebelum Muhammad Danish Haikal Haili meledak dua gol pada minit ke-53 dan 56’ sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya pasukan.

SMK Tinggi Kajang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pingat dan piala pusingan manakala SMK Seksyen 7 Shah Alam menerima RM7,000 dan pingat yang disampaikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SMK Bandar Tasik Puteri pula meraih tempat ketiga selepas menewaskan SMK Tengku Idris Shah 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga yang berlangsung terdahulu.

Sementara itu, Pengerusi Kejohanan PDMD, Datuk Emran Kadir berkata PDMD menjadi platform terbaik bagi mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. 

"Sejak siri ke-5 penganjuran, kejohanan ini telah melahirkan 115 pemain dalam kalangan ramaja yang kini bermain untuk kelab-kelab utama dalam negara ini, “ katanya

Sebagai rekod, kejohanan tahun ini mendapat sambutan hebat dengan menerima seramai 576 pelajar dari 32 pasukan terdiri daripada pelajar berusia 18 tahun dan ke bawah.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel