Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelancong Belanda ditemui maut di Taman Negara Mulu


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





MIRI, 13 Julai (Bernama) -- Pelancong Belanda yang hilang ketika banjir kilat di Gua Rusa di Taman Negara Mulu sejak semalam, ditemui maut pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata Peter Hans, 66, yang hilang bersama seorang pemandu pelancong tempatan Roviezal Robin, 20, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di sungai Gua Rusa Mulu.

“Mangsa dijumpai pada pukul 6.40 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat di Mulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa serta pemandu pelancong tempatan itu dilaporkan hilang pada pukul 5.50 petang semalam ketika banjir kilat berlaku di taman negara itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel