Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rumah panjang terbakar, 20 mangsa hilang tempat tinggal di Long Palai


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





MIRI, 13 Julai (Bernama) -- Seramai 20 penghuni rumah panjang komuniti kaum Kenyah di Long Palai hilang tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata maklumat awal yang diterima daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Palai pada 5.20 pagi menyatakan rumah panjang itu mempunyai enam bilik.

“Maklumat lanjut masih belum diperolehi kerana masalah komunikasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bomba akan ke lokasi kejadian menggunakan helikopter hari ini.

Law berkata jarak perjalanan ke lokasi kebakaran mengambil masa lebih lapan jam menggunakan jalan darat iaitu melalui jalan balak.

Katanya kejadian kebakaran melibatkan rumah panjang pernah berlaku di Long Palai pada tahun 2017.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel