Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi bersepadu khas pantau aktiviti bom ikan


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





SANDAKAN, 13 Julai (Bernama) -- Prihatin terhadap bahaya aktiviti bom ikan, Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah melaksanakan operasi bersepadu khas dengan Jabatan Perikanan Sandakan bagi memeriksa bot dan memastikan kawasan perairan Sandakan bebas daripada aktiviti bom ikan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dua bot ronda digunakan dalam operasi tiga hari sejak 11 Julai itu, iaitu RH54 dan PSC66 dengan kekuatan seorang pegawai dan 16 anggota PPM, termasuk empat pegawai Jabatan Perikanan Sandakan.  

"Objektif operasi ini adalah membuat pemantauan bagi mencegah aktiviti bom ikan di laut dan penjualan hasil dari aktiviti bom ikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, dalam operasi itu, pemantauan dilakukan di kawasan perairan Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Selingan. 

Beliau juga berkata pemeriksaan turut dijalankan di premis-premis penjualan di kawasan Pasar Batu 8 di sini bagi memastikan tiada penjualan hasil laut daripada aktiviti bom ikan.

"Pihak PPM akan terus menjalankan pemantauan bagi mencegah aktiviti bom ikan di kawasan perairan Sandakan dengan kerjasama yang erat dari Jabatan Perikanan," katanya.

Pada 5 Julai lepas, dua pelancong China dan seorang jurulatih selaman maut akibat bom ikan ketika melakukan selaman skuba di perairan berhampiran Pulau Kalapuan, Semporna.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel