Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli ditempatkan di PPS kekal 170 orang


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





GUA MUSANG, 13 Julai (Bernama) -- Jumlah masyarakat Orang Asli suku Batek yang dijangkiti demam campak dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani kekal 170 orang sehingga petang semalam.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang Hizani Ibrahim berkata kumpulan itu ditempatkan di PPS berkenaan selepas menerima rawatan dan dibenarkan keluar daripada hospital sejak beberapa minggu lepas.

“Pesakit berkenaan dikuarantin di PPS berkenaan sehingga kesihatan mereka benar-benar terjamin sebelum dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Koh,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wabak demam campak yang menular dalam kalangan masyarakat tersebut mengorbankan 15 orang selain 122 dimasukkan ke hospital.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membuka PPS di kem berkenaan agar pesakit dalam kalangan masyarakat itu dapat dikuarantin terlebih dahulu selepas menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Hizani berkata setakat ini hanya 15 penduduk Orang Asli suku tersebut yang bebas daripada sebarang jangkitan dan dibenarkan berada di kawasan perkampungan tersebut.

Beliau berkata pesakit yang dikuarantin itu akan terus berada di PPS berkenaan sehingga benar-benar pulih dengan pemeriksaan kesihatan diteruskan pada setiap masa.

“Selain menerima rawatan kesihatan, pesakit termasuk kanak-kanak turut diajar cara menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar agar dapat dipraktikkan apabila dibenarkan pulang ke rumah nanti,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel