Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sebarang perbuatan salah laku dan rasuah di negeri ini tetapi meminta agar badan itu tidak melakukan ‘pendakwaan terpilih’.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata adalah menjadi tanggungjawab SPRM menyiasast siapa saja yang melakukan kesalahan.

“Asalkan tidak berlaku pendakwaan terpilih … jangan bila nak cari siapa yang nak didakwa, hanya melihat kepada parti lawan sahaja. Kalau parti lawan sahaja yang disiasat dan parti sendiri (kerajaan) tidak disiasat, itu tidak adil.

“Saya benar-benar ingin melihat siapa jua yang terlibat dalam rasuah diberkas. Dan kami sukacita kerana ini akan menjadikan pentadbiran dan negara kita lebih bersih,” katanya kepada Bernama selepas sidang media mengenai 22nd Rainforest World Music Festival, di sini hari ini.  

Semalam, SPRM mengesahkan bahawa terdapat kes-kes melibatkan personaliti berprofil tinggi di  Sarawak.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Beebi Koya enggan memberikan butir-butir lanjut memandangkan siasatan sedang berjalan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel