Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pertunjukan cahaya pembuka tirai Festival George Town 2019


Tarikh kemaskini: 14/07/2019





GEORGE TOWN, 14 Julai (Bernama) -- Pertunjukan cahaya yang berwarna-warni dan menceriakan menerangi kegelapan malam di setiap penjuru Padang Kota Lama di sini malam tadi, sebagai pembuka tirai bagi mengalu-alukan edisi kesepuluh Festival George Town (GTF) tahun ini.

Program 16 hari itu dimulakan dengan 'When Night Falls', acara dua hari yang menghimpunkan beraneka karya seni bercahaya dari seluruh dunia.

Ketika berucap merasmikan acara berkenaan, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata GTF 2019 jauh berbeza berbanding penganjuran GTF sebelum ini yang lazimnya diadakan di dalam bangunan.

GTF 2019 dianjurkan oleh TLM Events Sdn Bhd, dan akan turut dilantik sebagai penganjur acara itu pada tahun  2020.

“Kami harap persembahan menceriakan itu yang menggabungkan teknologi paling canggih dengan aksi akrobatik mengagumkan akan menjadikan pengunjung terpesona dan terhibur,” katanya.

Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata GTF 2019 bertemakan 'A Festival for Everyone' diadakan secara terbuka dan boleh dikunjungi semua.

“Karya seni sepatutnya dihargai oleh setiap orang dan bukanlah eksklusif kepada golongan tertentu sahaja, sebab itulah GTF tahun ini menyasarkan untuk memperluas dan mempelbagaikan program yang dianjurkan untuk menjadikannya sentiasa segar dan mengujakan bersama-sama seni tempatan,” kata Yeoh.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel