Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengurus kilang, pemandu didenda RM1,500 cederakan pengusaha kilang


Tarikh kemaskini: 14/07/2019




SUNGAI PETANI, 14 Julai (Bernama) -- Seorang pengurus kilang dan pemandunya didenda RM1,500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pengusaha kilang pada 2 Julai lepas.

Mahkamah juga menetapkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya kedua-dua mereka gagal membayar denda tersebut selain mengarahkan kedua-dua mereka membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM1,000 setiap seorang dan jika gagal berbuat demikian boleh dipenjara sebulan.

Terdahulu, Lee Lye Seng, 49, dan R.Arasakumaran, 43, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dituduh bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas secara sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Uh Chorng Von, 51, di dalam pejabat kilang No.50 Jalan PKNK 1/6, Kawasan Perusahaan Sungai Petani lebih kurang 4.15 petang, 2 Julai lepas.

Sehubungan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu boleh dipenjara tempoh yang boleh sampai setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Pavitra a/p Satha Sivam manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sebelum ini akhbar tempatan melaporkan seorang lelaki cedera akibat dipukul tiga lelaki di Kawasan Perusahaan Sungai Petani disebabkan mendedahkan kegiatan operasi haram sebuah kilang kitar semula di situ.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa yang berusia 51 tahun dan merupakan pengusaha kilang plastik dikatakan dipukul di dalam pejabat kilang kitar semula itu yang terletak berhadapan kilang mangsa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel