Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu lori nyaris maut lori tertimbus tanah runtuh


Tarikh kemaskini: 14/07/2019




ALOR SETAR, 14 Julai (Bernama) -- Seorang pemandu lori berusia 29 tahun nyaris maut apabila lori yang dipandunya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuari Tanah, Jalan Tobiar dekat Pendang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.18 petang tadi dan tiba di lokasi 12 minit kemudian.

“Setibanya jentera dan anggota di lokasi kejadian, didapati berlaku kejadian tanah runtuh ketika kerja-kerja mengorek tanah di kawasan itu dilakukan.

“Kejadian itu menyebabkan sebuah lori tanah tertimbus dengan tanah, bagaimanapun pemandunya berjaya dikeluarkan pekerja di kuari itu sebelum ketibaan anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, berikutan kejadian itu mangsa mengalami sedikit kecederaan pada bahagian kepala dan mengadu sakit dada sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata enam anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel