Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

GPS perlu berhati-hati dengan PSB - Masing


Tarikh kemaskini: 14/07/2019





KUCHING, 14 Julai (Bernama) -- Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap agenda Parti Sarawak Bersatu (PSB), kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata adalah lebih mudah sekiranya Presiden PSB, Datuk Seri Dr Wong Soon Koh menegaskan dengan jelas di mana kedudukan dan niat parti berkenaan pada masa ini.

“Sebagai Presiden PSB, Dr Wong Soon Koh harus bertanggungjawab dengan segala tindakan yang diambilnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Gawai dan “Ngiling Bidai” Parti Rakyat Sarawak di dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh di sini,hari ini.

GPS merupakan pakatan yang dianggotai parti-parti yang mentadbir Sarawak, yang dahulunya menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN), sebelum ia mengambil keputusan keluar dari BN selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lepas, manakala PSB tidak diterima menganggotai GPS walaupun sebelum ini ia berpendirian ‘mesra GPS’.

Semalam beberapa media tempatan melaporkan dalam persidangan media selepas Persidangan Delegasi Tahunan PSB, Soon Koh berkata beliau akan mendapatkan nasihat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung kedudukannya sebagai Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang dalam kabinet negeri.

Khamis lepas susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Mambong Dr Jerip Susil meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PSB, ia mencetuskan spekulasi beberapa lagi pemimpin akan mengikut jejak langkahnya meninggalkan parti itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel