Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penternak lembu baka Brahman di saran tubuh persatuan


Tarikh kemaskini: 14/07/2019





TAWAU, 14 Julai (Bernama) -- Penternak lembu baka Brahman di negeri ini disaran menubuhkan persatuan, bagi memantau dan mengawal harga lembu baka berkenaan di pasaran.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof berkata menerusi persatuan, isu harga lembu baka itu yang tidak menentu di pasaran dapat distabilkan.

"Sebab itu kalangan penternak lembu baka Brahman ini dapat mewujudkan satu persatuan yang boleh membawa manfaat kepada ahlinya dan semua pihak," katanya selepas merasmikan penutupan Program Hari Ladang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) di Kilometer 27, Bukit Qouin dekat sini, hari ini.

Daud dalam pada itu berkata, kerajaan negeri melalui DVS mensasarkan Sabah mampu memenuhi permintaan bekalan daging untuk kegunaan sendiri menjelang tahun 2030.

"Ketika ini Sabah hanya mampu memenuhi 30 peratus permintaan untuk bekalan (daging) sendiri," katanya lagi.

Selain itu, Daud berharap ladang-ladang DVS dapat meneruskan kecemerlangan dalam mengeluarkan baka ternakan bernilai tinggi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel