Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu pelancong hilang di Taman Negara Mulu masih belum ditemui


Tarikh kemaskini: 14/07/2019





MIRI, 14 Julai (Bernama) -- Operasi mencari serta menyelamat seorang pemandu pelancong, Roviezal Robin yang hilang setelah dibawa arus deras di sungai Gua Rusa di Taman Negara Mulu Jumaat lepas, masih gagal menemui mangsa pada hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, operasi ditangguhkan pada pukul 3.11 petang ini, setelah usaha pencarian mangsa berusia 20 tahun itu dimulakan semula pukul 8.30 pagi ini.

“Operasi mencari dan menyelamat akan disambung esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Law berkata, operasi pada hari ini melibatkan lima pasukan yang berpecah mencari Roviezal di setiap lokasi gua tersebut termasuk terowong gua serta laluan sungai dalam gua itu.

Dalam kejadian berlaku pukul 5.50 petang Jumaat itu, Roviezal serta seorang pelancong Belanda Peter Hans, 66, hilang dibawa arus semasa banjir kilat, dengan mayat Hans ditemui pukul 6.40 pagi semalam. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel