Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SLS komited pelihara maruah profesion guaman dan undang-undang


Tarikh kemaskini: 14/07/2019




KOTA KINABALU, 14 Julai (Bernama) -- Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) komited memastikan ia terus menjunjung ‘rule of law’ dan memelihara maruah profesion guaman, kerana ia memikul tanggungjawab yang lebih besar kepada masyarakat awam.

Presidennya yang baharu Roger Chin berkata bagi tujuan itu ia telah menyediakan pelbagai program khusus menyediakan akses yang lebih baik kearah keadilan untuk semua.

"Antaranya termasuk penyediaan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan), klinik bantuan guaman, program MyConstitution dan mahkamah ‘mobile’, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chin, yang terpilih menduduki jawatan Presiden pada mesyuarat Agung Tahunan kedua SLS semalam berkata beliau akan mendengar dan berusaha untuk memberikan respons kepada segala isu-isu yang menjadi perhatian anggota SLS berhubung amalan guaman.

Beliau berkata antara perkara yang menuntut perhatiannya sepanjang pentadbiran 2019-2020 adalah untuk mengemas kini dan meminda Advocate Ordinance bagi menyelaras statut dan amalan dengan lebih baik, mewujudkan Pusat Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) dengan pendekatan holistik, dan menguatkuasa skala yuran sebagaimana terkandung dalam peraturan imbuhan, termasuk dengan mencegah sebarang amalan rasuah yang melibatkan bayaran komisen atau yuran rujukan sebagai pertukaran untuk tugasan undang-undang. 

Dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak Sabah dalam Malaysia, Chin juga berhasrat agar SLS memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kebajikan ahli-ahlinya dengan penubuhan dana untuk ahli dan/atau keluarga ahli yang meninggal dunia yang memerlukan, memberi tumpuan kepada kemajuan peguam muda, mendidik pelajar mengenai Perlembagaan Persekutuan dan hak kanak-kanak untuk bersekolah di semua 26 daerah di Sabah; dan merancang bangunan baharu SLS.

Semasa AGM, Chin mengambil alih jawatan presiden daripada Brenndon Soh, manakala lain-lain anggota baharu pentadbiran SLS terdiri daripada Mohamed Nazim Maduarin sebagai Naib Presiden, Ryan Soo sebagai Setiausaha, Song Wei Wan sebagai Penolong Setiausaha dan Dominic Ghani sebagai bendahari.

"AGM itu mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi, menjangkau 329 ahli, yakni sekitar sebaruh daripada jumlah peguam di Sabah,” kata Chin.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel