Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan 16 pendatang asing tanpa izin


Tarikh kemaskini: 14/07/2019





KUNAK, 14 Julai (Bernama) -- Polis menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita dalam satu operasi selama lima jam di Ladang Jingka Bar Kunak, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Baharin Md Tahir dalam satu kenyataan malam ini berkata 46 individu diperiksa dalam operasi yang bermula pukul 3.00 pagi di ladang berkenaan.

Beliau berkata 16 individu yang berumur antara lingkungan umur 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua mereka dibawa ke Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/93.

Sementara itu Baharin berkata polis turut menahan empat lelaki termasuk seorang bapa dan seorang anaknya, yang dipercayai pengedar dadah, dalam serbuan Ops Sarang di Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama di sini, antara pukul 12 tengah malam dan 4.00 pagi pada hari yang sama.

Beliau berkata mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 50 tahun, yang terdiri daripada tiga warga tempatan serta seorang warga Filipina, dan menurutnya operasi itu turut menyaksikan polis merampas 5.4 gram dadah yang dianggar bernilai RM810 di sebuah rumah di Kampung Lormalong.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel