Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga anak allahyarham Mohd Sapee ditawarkan tempat di Kompleks Kebajikan Peryatim


Tarikh kemaskini: 14/07/2019




SIBU, 14 Julai (Bernama) -- Tiga anak Allahyarham Mohd Sapee Julaihi, anggota bomba yang meninggal dunia selepas menyertai operasi menangkap ular sawa bulan lepas, ditawarkan tempat di Kompleks Kebajikan Peryatim Sibu, Jalan Kemuyang di sini.

Isteri Ketua Menteri merangkap Penaung Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim (Peryatim) Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang membuat tawaran itu pada majlis penyampaian sumbangan kepada anak Allahyarham di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral hari ini.

Ibu saudara kepada anak-anak yatim itu yang kini bertindak sebagai penjaga mereka, Rokiah Julaihi, 49, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan berhubung tawaran itu pada masa ini. 

“Namun saya beritahu Datuk Amar, saya tidak boleh membuat keputusan sekarang, berat rasa nak melepaskan mereka. Lagipun mereka tidak pernah berjauhan lebih-lebih lagi yang bongsu amat rapat dengan saya sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu. 

Rokiah, guru di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu berkata, beliau tidak merasa beban serta bersedia untuk menjaga anak buahnya itu yang tiga masih bersekolah walaupun perlu menjaga empat orang anaknya.

“Saya sanggup jaga mereka macam anak sendiri dan saya akan pastikan pendidikan mereka terjamin sama juga seperti anak-anak saya sendiri,“ jelasnya.

Allahyarham Mohd Sapee, 55, yang bertugas di BBP Sibu Sentral meninggal dunia pada 21 Jun lepas semasa mendapat rawatan di Hospital Sibu. 

Allahyarham, seorang duda, meninggalkan empat anak lelaki berusia lapan hingga 19 tahun, mengadu sakit dada dan sesak nafas semasa dalam perjalanan pulang ke balai selepas menyertai operasi menangkap ular di Taman Permai pada pukul 4 pagi dan disahkan meninggal dunia pada 7.57 pagi hari yang sama.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel