Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kenderaan, rokok seludup bernilai lebih RM500,000 dirampas di Limbang


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





LIMBANG, 15 Julai (Bernama) – Polis menahan tiga lelaki warga tempatan serta merampas 4,490 karton pelbagai jenama rokok seludup di sebuah rumah di KM19 Entagis Lumbai.

Ketua Polis Daerah Limbang Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam operasi pukul 8.30 malam Sabtu lepas yang dilakukan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, tiga kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk membawa rokok tersebut turut dirampas.

“Nilai keseluruhan rampasan rokok serta tiga buah kenderaan pacuan empat roda itu ialah RM511,800,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal berkata  tiga suspek yang ditahan berumur 37 hingga 52 tahun tidak memiliki sebarang dokumen berkaitan dengan muatan rokok tersebut dan dipercayai memiliki rokok itu tanpa bercukai.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel