Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wartakan semua pusat selaman di Sabah, saran Mohamaddin


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





KOTA KINABALU, 15 Julai (Bernama) – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi menyarankan agar semua pusat menyelam di Sabah diwartakan sebagai kawasan larangan untuk memastikan keselamatan kepada pengunjung atau pelancong yang menyelam di kawasan berkenaan.

Beliau berkata pewartaan itu sangat diperlukan demi memastikan tiada aktiviti lain yang dilakukan di kawasan terbabit selain daripada aktiviti menyelam oleh pengunjung atau pelancong.

“Saya akan mengesyorkan supaya setiap kawasan menyelam di Sabah diwartakan…ini bermaksud selain pengunjung atau pelancong yang melakukan aktiviti menyelam di kawasan berkenaan, tiada orang lain khususnya nelayan memasuki kawasan itu.

“Bila kawasan itu diwartakan, maka ada orang yang akan menjaga kawasan itu bagi mengelakkan sesiapa sahaja memasukinya. Contohnya kita boleh minta polis marin untuk membantu menjaga kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan kali ke-23 di Kompleks Muzium Sabah, di sini hari ini.

Baru-baru ini dua pelancong warga asing serta seorang penyelam skuba tempatan maut terkena bom ikan di Pulau Kalapuan, Semporna.

Mohamaddin berkata jalan penyelasaian yang realistik perlu diambil untuk memastikan kejadian terkena bom ikan itu tidak berulang.

“Semua pihak perlu bekerjasama…ini kerana masalah ini akan memberi impak kepada industri pelancongan sekiranya ia tidak ditangani segera,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel