Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja mengaku tidak bersalah bantu kutip wang syarikat pemberi pinjam wang tidak berlesen


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





SEREMBAN, 15 Julai (Bernama) – Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu kegiatan pemberi pinjam wang tidak berlesen yang sah dalam mengutip wang, pada 5 Julai lepas.

Tertuduh, Tay Chia Hao, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan majistret V. Vanita.

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan pada kira-kira 12 tengah hari tarikh tersebut, di tempat letak kereta Bangunan Akhma, Seremban 2.   

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29A Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob.

Bagaimanapun, peguam Noor Azizi Abdul Aziz yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan kepada anak guamnya. 

Majistret V. Vanita membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel