Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia mula langkah kanan


Tarikh kemaskini: 15/07/2019




KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia memulakan saingan hoki lelaki dan wanita pada Kejohanan Piala Asia Dalam Dewan 2019 dengan langkah kanan selepas merakamkan kemenangan bergaya dalam perlawanan peringkat kumpulan di Chonburi, Thailand, hari ini.

Skuad lelaki mengalahkan Bangladesh 6-0 dalam Kumpulan A manakala skuad wanita pula mengatasi Singapura 4-0 d dalam Kumpulan B.

Skuad lelaki akan menentang Filipina esok dikuti juara bertahan, Iran pada Khamis sebelum melengkapka jadual peringkat kumpulan dengan  menentang tuan rumah, Thailand, Jumaat ini.

Skuad wanita pula akan berdepan tuan rumah Thailand, Rabu ini dan melengkapkan jadual peringkat kumpulan dengan menentang Taiwan, pada hari berikutnya.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke separuh akhir.

Pasukan wanita diberi tugas penting untuk muncul juara manakala pasukan lelaki pula hanya perlu ke final untuk memastikan tiket ke Kejohanan Piala Dunia 2021.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel