Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Kesihatan Selangor rampas ubat kuat lelaki bernilai RM510,000


Tarikh kemaskini: 15/07/2019




SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Selangor merampas ubat kuat lelaki jenama ‘Soloco Candy’ bernilai RM510,000 disyaki mengandungi racun berjadual Tadalafil dalam satu serbuan di sebuah kilang di Damansara, semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata kilang itu didapati menjalankan aktiviti pengilangan produk kesihatan tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi dan juga makanan.

“Turut dirampas dalam serbuan pukul 9.30 pagi itu ialah kosmetik tidak bernotifikasi yang dianggar bernilai RM124,000 dan beberapa mesin pengilangan. Kesemuanya dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sebarang ubat yang tidak berdaftar secara dalam talian, dan orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi komestik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

"Aduan dan maklumat berkaitan juga boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) iaitu http://moh.spab.gov.my atau menghubungi talian 03-78413200,’’ tambahnya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel