Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan air di Seberang Perai tengah Jumaat ini


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





GEORGE TOWN, 15 Julai (Bernama) -- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan melaksanakan kerja-kerja pemasangan paip bermula dari pukul 10.00 malam pada hari Jumaat ini, yang akan menjejaskan bekalan air kepada 6,900 pengguna di Jalan Kulim, daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Ketua pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata kerja-kerja pemasangan itu akan melibatkan penutupan operasi paip air yang menyalurkan 600mm, yang terpaksa dilencongkan ke kawasan jauh daripada tapak projek saliran baru baharu yang sedang dijalankan di kawasan itu.

“Ini bertujuan mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini seperti paip pecah yang berpunca daripada kerja-kerja mengorak tanah, yang boleh membawa gangguan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selaras dengan kerja-kerja berkenaan, pengguna di Taman Tenteram, Taman Bukit Indah, Taman Bandaraya, Taman Sepakat, Taman Perpaduan dan Taman Tampoi dinasihatkan menyimpan bekalan air yang emncukupi untuk kegunaan dari 10.00 malam Jumaat, sehingga 10.00 pagi Sabtu.

“PBAPP amat kesal dengan sebarang kesulitan. Penguna diingatkan supaya menyimpan air yang mencukupi untuk sepanjang tempoh berkenaan,” tambahnya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel