Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kilang sarung tangan di Teluk Intan ikut SOP ditetapkan


Tarikh kemaskini: 15/07/2019




TELUK INTAN, 15 Julai (Bernama) -- Pemeriksaan di kilang pembuatan sarung tangan getah yang didakwa menjadi faktor pencemaran sungai di sini, mendapati kilang berkenaan telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Abd Aziz Bari berkata beliau telah dimaklumkan pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bahawa kilang itu tidak menyebabkan sebarang perkara yang membimbangkan, yang boleh menjejaskan alam sekitar.

“Memang ada rungutan dari nelayan darat mengenai kekurangan ikan yang mungkin tidak semestinya berkait dengan pencemaran, dari kilang ini.

“Setakat ini semuanya baik dan kilang mengikut SOP yang ditetapkan. Mereka (pihak kilang) memaklumkan mereka memastikan teknologi yang diguna pakai adalah terkini, dan saya fikir ia cukup baik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di kilang Central Medical Sdn Bhd di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abd Aziz berkata pihaknya akan terus melawat kawasan itu dan kawasan perindustrian lain, bagi memastikan pencemaran tidak berlaku di negeri ini.

“Ini bagi memastikan tidak berlaku malapetaka ataupun kemalangan seperti berlaku di beberapa tempat di negara kita baru-baru ini,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel