Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Prestasi pengurusan kewangan jabatan dan agensi N. Sembilan 2018 baik


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





SEREMBAN, 15 Julai (Bernama) -- Lima Jabatan dan Agensi Negeri Sembilan mencapai tahap cemerlang dan enam yang lain di tahap baik dari segi prestasi pengurusan kewangan pada tahun lepas.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1, prestasi Jabatan dan Agensi di negeri ini bagi tahun berkenaan berada pada tahap baik berdasarkan kepada markah keseluruhan pematuhan terhadap peraturan pengurusan kewangan.

Lima Jabatan dan Agensi yang mencapai tahap cemerlang itu ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Manakala enam Jabatan dan Agensi di tahap baik ialah Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Jelebu, PLAN Malaysia@Negeri Sembilan, Majlis Daerah Rembau dan Jabatan Pertanian.

Bagaimanapun, menurut laporan itu terdapat beberapa Jabatan dan Agensi perlu meningkat dan memantapkan lagi kawalan dalaman pengurusan kewangan agar isu yang dibangkitkan tidak berulang serta mengurangkan risiko ketidakpatuhan yang lebih serius.

"Sehubungan itu, Jabatan dan Agensi hendaklah mengambil tindakan sewajarnya seperti memastikan pengetahuan dan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan dipertingkatkan dengan memberi latihan sewajarnya secara berterusan.  

"Tindakan lain ialah pemeriksaan secara menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara juga berlaku di bahagian lain memandangkan pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara adalah berdasarkan sampel dan skop yang terhad.

Laporan audit itu juga turut menyatakan agar berusaha mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan tahap prestasi pengurusan kewangan di mana Buku Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Daripada Perspektif Jabatan Audit Negara Edisi 2 boleh dijadikan rujukan.

Selain itu, menjalankan penyeliaan yang lebih rapi terhadap kerja yang dilaksanakan oleh pegawai bawahan yang terlibat dalam pengurusan kewangan untuk memastikan peraturan kerajaan yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel