Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Guan Eng dan MOF tak terlibat dalam rampasan wang tunai dari firma China


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan hari ini bahawa beliau atau Kementerian Kewangan (MOF) tidak ada mengarahkan rampasan wang tunai lebih daripada RM1 bilion dari akaun bank China Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP) milik kerajaan China. 

"Saya ingin menyatakan bahawa MOF dan saya sendiri, kami tidak ada mengeluarkan sebarang arahan rampasan.  

"Jikapun ada sebarang arahan, saya fikir anda perlu bertanyakan agensi penguat kuasa. Itu saja yang ingin saya katakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.   

Straits Times (ST) menyebut sumber, melaporkan Putrajaya dikatakan telah merampas dana lebih daripada RM1 bilion yang dipegang oleh CPP, di tengah-tengah pertikaian membabitkan projek saluran gas berbilion ringgit di Sabah yang digantung sejak tahun lepas.  

Laporan yang diterbitkan pada Sabtu menyatakan awal bulan ini, kerajaan persekutuan telah mengarahkan bank HSBC memindahkan dana tersebut dalam akaun CPP Malaysia kepada sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel